Sabtu, 31 Mac 2018

5 CARA UNTUK MENAMPAKKAN RUMAH KELIHATAN LEBIH LUAS

Setiap manusia mengimpikan rumah mereka kelihatan cantik dan luas. Penyusunan barang rumah dengan bijak mampu menjadikan rumah kelihatan lebih menarik. Tambahan pula pada masa sekarang, harga sebuah rumah semakin mahal jadi ramai individu atau keluarga lebih cenderung untuk memilih rumah yang bersaiz kecil berbanding rumah yang besar dan mahal. Akan tetapi, rumah yang kecil tidak semestinya akan kecil selamnya. Disini disediakan cara untuk memastikan ruang rumah kelihatan lebih luas.

  •  Pemilihan warna cat yang terang
Pemilihan warna cat yang terang mampu menjadikan ruang rumah menjadi lebih luas. Secara psikologinya warna yang terang mampu menjadikan minda kita lebih luas. Jika anda memilih warna gelap untuk dicat pada dinding anda, rumah anda akan kelihatan agak kecil dan sempit. Tekstur warna yang lembut seperti biru cair dan hijau lembut amatlah digalakkan kerana pemilihan warna yang lembut mampu mendamaikan perasaan anda. Penggunaan warna yang gelap akan menjadikan rumah atau bilik menjadi kecil kerana sifatnya yang menyerap cahaya.
  
                   

                         Image result for ruang tamu warna terang

  •  Cahaya
Cahaya adalah penting bagi memastikan sesebuah rumah kelihtaan lebih luas. Hal ini disebabkan cahaya boleh menerangi sesuatu kawasan. Jika sesebuah rumah tidak diterangi dengan cahaya yang banyak, sesebuah rumah tersebut akan kelihatan gelap serta tidak menarik. Oleh itu, anda hendaklah memastikan cahaya memasuki ruang rumah anda dengan banyak. Pastikan anda menggunakan warna langsir yang terang supaya cahaya dapat menembusi rumah anda dengan lebih mudah.


                       Image result for light of sun  

  • Gunakan satu perabut yang boleh memenuhi ruang
Lebih baik anda meletakkan perabut yang besar tetapi satu ditengah-tengah rumah berbanding meletakkan perabut yang kecil dan banyak. Perabut yang kecil dan banyak mampu memakan lebih banyak ruang berbanding perabut yang besar dan satu.Sebagai contoh, anda boleh meletakkan satu karpet besar,satu lampu gantung rumah, satu sofa yang besar dan diletakkan di tengah-tengah rumah. Oleh itu, rumah anda akan kelihatan lebih luas dan sedap mata memandang. Anda juga tidak perlu bersusah payah jika hendak menukar desain rumah kerana barang di dalam rumah anda sedikit.

                     
                         Image result for single sofa in house
  • Pilih perabut jenis kaki terbuka
Bila membuat pilihan dalam bab perabut terutamanya meja kopi contohnya, pastikan anda memilih jenis kaki yang terbuka atau terpelahang luas. Ini akan menghasilkan banyak ruang dari pandangan mata. Elakkan pilih meja atau perabut yang padat dan  penuh berisi sampai ke lantai. Ini akan membuat ruang lantai tertutup dari segi pandangan mata dan menghasilkan persepsi sempit pada ruang. Boleh cuba perabut seperti pada gambar di bawah ini.

    
                          
                        
  • Gunakan perabut pemantul cahaya
Jika anda tida suka akan adanya cermin besar pada rumah anda, anda boleh menggunakan perabut rumah yang boleh merefleksikan objek ataupun cahaya didepan perabut tersebut. Perhiasan rumah berjenis pasu bunga yang berbahan 'stainless steel' atau aluminium juga boleh membuat kesan yang sama iaitu sebagai pembuka ruang baru. Dengan adanya cahaya yang cukup pada ruangan itu adalah kunci utama agar ruangan tersebut kelihatan lebih terang. Anda boleh menggunakan benda yang permukaannya dapat merefleksikan objek contohnya seperti gelas atau kaca. Benda-benda tersebut tidak hanya merefleksikan objek dan cahaya namun boleh juga membuat ruangan anda kelihatan anda kelihatan lebih luas.

                          Image result for stainless steel vase   



1 ulasan:

  1. Casino in Columbus - DRMCD
    The Best Casino Near Columbus in Columbus, OH. The Casino 청주 출장샵 has the 오산 출장마사지 most popular games and offers the best 파주 출장안마 welcome bonus 포항 출장샵 in town. The casino was  Rating: 4 아산 출장마사지 · ‎11 reviews

    BalasPadam