Komunikasi adalah perkara yang penting dalam kehidupan individu. Dengan adanya komunikasi manusia dapat menunaikan kehendak dan keperluan masing-masing. Malah, haiwan juga menjalankan komunikasi mengikut cara mereka tersendiri. Komunikasi juga mampu melahirkan keluarga yang bahagia jika ia dilaksanakan secara baik dan berkesan. Namun, pada zaman ini, komunikasi antara keluarga jarang dilaksanakan dengan baik oleh kerana sikap negetif oleh seseorang individu. Akan tetapi, perkara tersebut masih lagi boleh dikawal jika ada caranya. Di sini saya lampirkan beberapa cara untuk berkomunikasi dngan keluarga.
- Berkomunikasi menggunakan perkataan yang baik
Tidak dinafikan pada masa kini terutamanya golongan remaja amat gemar menggunakan ayat yang kasar semasa berkomunikasi. Perkara tersebut bagai sudah menjadi hobi bagi mereka untuk mengeluarkan perkataan tersebut tanpa adanya segan silu walaupun ketika berkomunikasi dengan adik-beradik mahupun ibu bapa mereka sendiri. Contoh ayat yang sering diungkapkan oleh remaja pada masa kini seperti bodoh,babi,sial dan sebagainya. Malah ada juga perkataan baik yang sengaja dijadikan sebagai ayat yang kasar ketika berbicara seperti 'gampang'. Gampang sebenarnya merupakan perkataan dalam bahasa indonesia yang bermaksud mudah atau senang. Akan tetapi di Malaysia perkataan tersebut seperti sudah disalah ertikan menyebabkan perkataan tersebut boleh disenaraikan dalam perkataan yang kasar. Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan kerana kurangnya adab semasa berbicara. Sehubungan dengan itu, setiap individu perlulah sentiasa menggunakan perkataan yang baik semasa bercakap dengan keluarga agar hubungan silaturrahaim dapat dikekalkan.
- Memakai pakaian yang sopan
Ramai orang berpendapat bahawa isu pemakaian dalam keluarga adalah perkara yang tidak perlu dipertengahkan kerana keluarga adalah individu yang boleh melihat aurat kita. Jika begitu pandangan masyarakat kini, mengapa adanya kes 'abang merogol adik' dan 'ayah merogol anak ?'. Bukankah perkara tersebut adalah disebabkan oleh isu pemakaian ?. Walaupun anda semua berada dalam keluarga yang bahagia namun, isu keselamatan juga perlu diambil kira. Contohnya, ketika abang berbual dengan adik perempuan yang tidak memakai pakaian yang sopan dan pada ketika itu ibu bapa tidak berada di rumah pasti komunikasi yang baik tersebut terganggu dan boleh mengundangkan perkara yang buruk. Oleh itu, isu pemakaian juga adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap individu agar perkara buruk tersebut dapat dielakkan. Jangan nanti nasi sudah menjadi bubur mahu menyesal pun tiada guna.
- Menggunakan nada yang bersesuaian
Nada merupakan asas dalam komunikasi. Penggunaan nada hendaklah sesuai dengan situasi. Contohnya, jika anda ingin bertanyakan kepada keluarga anda tentang pendapat anda haruslah menggunakan nada yang lembut. Jika anda bertanya menggunakan nada yang garang dan kasar seperti menjerit ia boleh menimbulkan kemarahan kepada keluarga anda. Begitu juga penggunaan nada yang lain seperti ingin meminta persetujuan sesuatu yang penting, anda perlulah menggunakan nada yang lembut dan sedikit tegas agar keluarga anda tahu bahawa permintaan anda tersebut serius. Namun, jika keluarga anda tidak dapat menunaikan permintan anda tersebut, anda perlulah menerima keputusan keluarga anda tersebut dengan baik. Amatlah tidak digalakkan menggunakan nada yang kasar ketika berbicara bersama keluarga kerana ia boleh dianggap sebagai kurang sopan dan boleh menyinggung perasaan keluarga anda sendiri.
- Menjadi pendengar yang baik
Setiap individu pasti mempunyai masalah mereka sendiri. Peranan anda sebagai ahli dalam keluarga, anda hendaklah menjadi pendengar yang baik kepada mereka sekiranya mereka menceritakan masalah kepada anda. Contohnya, ibu bapa mestilah mendengar masalah anak-anak jika mereka menceritakan sesuatu kepada anda. Dengar serta fokus terhadap jalan penceritaan yang disampaikan agar anda dapat membuat kesimpulan terhadap penceritaan tersebut. Jika anda hanya mendengar secara acuh tak acuh anda pasti tidak dapat memahami jalan cerita yang telah disampaikan. Elakkan daripada bermain telefon ketika anak anda berbicara bersama anda. Cuba memberi nasihat sekiranya anak anda melakukan kesalahan dan tidak memarahinya kerana perkara tersebut boleh menyebabkan anak anda berasa tidak selesa untuk meluahkan masalahnya kepada anda. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.
- Menunjukkan ekspresi muka yang baik ketika berbicara
Wajah merupakan anggota badan yang akan dilihat oleh individu semasa menjalankan komunikasi. Menonjolkan wajah yang manis bukan sahaja mampu menarik minat individu untuk menjalankan komunikasi dengan kita malah mampu mengubah perasaan seseorang individu pada ketika itu. Sebagai contoh, jika anda sedang berbicara dengan bapa atau ibu anda, anda hendaklah menunjukkan muka yang manis supaya ibu bapa anda berada gembira semasa berbicara bersama anda. Secara tidak langsung, komunikasi pada ketika itu menjadi rancak tanpa sebarang syak wasangka. Jika pada ketika itu anda berada dalam keadaan yang marah atau tertekan, elakkan berkomunikasi dengan orang lain kerana dikuatiri anda akan melepaskan perasaan marah tersebut kepadanya. Sehubungan dengan itu, ia boleh menjejaskan komunikasi anda pada ketika itu.
Jadi itu sahaja cara berkomunikasi yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Harap apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Jadi itu sahaja cara berkomunikasi yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Harap apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan