Ahad, 18 Mac 2018

LANGKAH MENGUKUHKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

   Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang melanda anak-anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan dan menggalakkan nilai-nilai murni kepada mereka telah menjadi semakin penting pada hari ini berbanding dahulu.
Apabila sebuah negara menuju kemajuan, institusi kekeluargaan berkemungkinan menjadi mangsa pertama anak-anak tidak mendapat perhatian dan bimbingan yang secukupnya sekali gus mengakibatkan kemunculan pelbagai gejala sosial yang mempengaruhi remaja kita.
Tindakan media massa yang memaparkan  peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu telah membentuk pelbagai pendapat dari orang sekeliling. Persolannya apakah langkah-langkah untuk memastikan keutuhan institusi kekeluargaan di negara kita ?


                      Image result for happy family

  •  Kerajaan perlulah mengadakan kempen tentang isu kekeluargaan.
Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen tentang isu kekeluargaan kepada masyarakat tidak kira kaum dan agama. Hal ini kerana pengwujudan kempen tentang isu kekeluargaan mampu menyedarkan masyarakat tentang makna sesebuah keluarga yang sebenarnya. Contohnya, pihak kerajaan boleh menjemput masyarakat di satu kawasan perumahan untuk menghadiri ceramah tentang isu kekeluargaan yang dianjurkan. Sehubungan dengan itu, kesedaran masyarakat tentang pentingnya sebuah keluarga dapat dibentuk. Oleh itu, masyarakat akan lebih menghargai keluarga mereka sekali gus keluarga yang harmoni dan bahagia dapat diwujudkan.

  •  Meluangkan masa bersama anak-anak
Sebagai ibu bapa, mereka mestilah mempunyai ruang masa bersama anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa yang meluangkan masa bersama anak-anak dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Intihannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat percutian ketika mereka cuti dari waktu pekerjaan. Mereka juga hendaklah sentiasa menjadi pendengar setia kepada anak-anak mereka ketika anak-anak mereka berada dalam sesuatu masalah. Bukan hanya mendengar, mereka juga perlu memberi tindak balas yang positif terhadap masalah anak-anak mereka. Jika merasakan anak-anak melakukan perkara yang salah, ibu bapa hendaklah menasihati anak-anak mereka dengan cara yang baik. Komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan .
  •  Jauhi sikap dengki mendengki dan iri hati
Perkara ini selalu berlaku dalan kalangan adik beradik. Dengki mendengki dan iri hati selalu berlaku apabila salah seorang daripada adik beradik mendapat kelebihan daripada ibu bapa. Contohnya, adik yang bongsu selalu diberikan kelebihan oleh ibu bapa kepada mereka untuk memperolehi sesuatu dengan mudah manakala anak sulung selalu diketepikan dan terpaksa mengalah dengan keputusan ibu bapa. Perkara ini boleh menimbulkan sifat dengki mendengki dan iri hati antara adik beradik. Jika tidak dikawal, pasti lebih parah kerana lama kelamaan sifat ini boleh bertukar menjadi dendam. Wujudnya dendam dalam diri individu akan mendatangkan kesan yang buruk kepada individu yang lain seperti berlakunya pembunuhan dan pergaduhan. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengamalkan sikap adil dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih terhadap anak-anak mereka supaya tiada perselisihan faham berlaku dan hubungan kekeluargaan tidak berpecah belah.
  •  Amalkan sikap bertolak ansur dan menjauhi sikap pentingkan diri sendiri.
Untuk melahirkan sebuah keluarga yang berkekalan dan harmoni amalan bertolak ansur hendaklah disematkan dalam diri setiap individu. Tidak dinafikan amalan bertolak ansur amat sukar untuk dilakukan oleh setiap individu lagi-lagi jika individu tersebut adalah golongan remaja. Mereka mempunyai ego yang tinggi sehingga susah untuk bertolak ansur dengan individu lain jika berlakunya sebarang salah faham. Disebabkan sikap ini juga boleh menyebabkan pergaduhan antara mereka sekali gus boleh memutuskan hubungan silaturrahim antara individu. Sehubungan dengan itu, setiap individu prlulah mengamalkan sikap tolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri agar setiap perbincangan dapat dijalankan dengan baik tiada pergaduhan dan selisih faham.


  • Saling bantu membantu sesama ahli keluarga
Amalan saling bantu membantu amat penting dalam hubungan kekeluargaan. Amalan bantu membantu yang diamalkan mampu menjamin sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Amalan bantu membantu yang dipupuk juga mampu merapatkan hubungan antara adik beradik. Sebagai contoh, ketika adik lemah dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah, sebagai kakak atau abang anda seharusnya membantu adik anda dalam pelajaran tersebut. Begitu juga jika kakak atau abang yang memerlukan pertolongan dalam apa-apa keadaan adik hendaklah membantu mereka. Amalan membantu juga perlulah dilakukan dengan ikhlas dan bukannya disebabkan oleh perasaan terpaksa atau sebagainya. Sehubungan dengan itu, kerja yang dilakukan akan menjadi lebih mudah dan hubungan antara adik beradik menjadi lebih akrab.

Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan oleh sesebuah keluarga untuk membentuk sebuah keluarga yang harmonis. Sehubungan dengan itu, kita sebagai ahli dalam sesebuah keluarg perlulah mengamalkan langkah-langkah tersebut agar kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan terjamin berkekalan.

3 ulasan:

5 CARA UNTUK MENAMPAKKAN RUMAH KELIHATAN LEBIH LUAS

S etiap manusia mengimpikan rumah mereka kelihatan cantik dan luas. Penyusunan barang rumah dengan bijak mampu menjadikan rumah kelihata...