Setiap
manusia mengimpikan rumah mereka kelihatan cantik dan luas. Penyusunan
barang rumah dengan bijak mampu menjadikan rumah kelihatan lebih
menarik. Tambahan pula pada masa sekarang, harga sebuah rumah semakin
mahal jadi ramai individu atau keluarga lebih cenderung untuk memilih
rumah yang bersaiz kecil berbanding rumah yang besar dan mahal. Akan
tetapi, rumah yang kecil tidak semestinya akan kecil selamnya. Disini
disediakan cara untuk memastikan ruang rumah kelihatan lebih luas.
- Pemilihan warna cat yang terang
Pemilihan
warna cat yang terang mampu menjadikan ruang rumah menjadi lebih luas.
Secara psikologinya warna yang terang mampu menjadikan minda kita lebih
luas. Jika anda memilih warna gelap untuk dicat pada dinding anda, rumah
anda akan kelihatan agak kecil dan sempit. Tekstur warna yang lembut
seperti biru cair dan hijau lembut amatlah digalakkan kerana pemilihan
warna yang lembut mampu mendamaikan perasaan anda. Penggunaan warna yang
gelap akan menjadikan rumah atau bilik menjadi kecil kerana sifatnya
yang menyerap cahaya.
- Cahaya
Cahaya
adalah penting bagi memastikan sesebuah rumah kelihtaan lebih luas. Hal
ini disebabkan cahaya boleh menerangi sesuatu kawasan. Jika sesebuah
rumah tidak diterangi dengan cahaya yang banyak, sesebuah rumah tersebut
akan kelihatan gelap serta tidak menarik. Oleh itu, anda hendaklah
memastikan cahaya memasuki ruang rumah anda dengan banyak. Pastikan anda
menggunakan warna langsir yang terang supaya cahaya dapat menembusi
rumah anda dengan lebih mudah.
- Gunakan satu perabut yang boleh memenuhi ruang
Lebih
baik anda meletakkan perabut yang besar tetapi satu ditengah-tengah
rumah berbanding meletakkan perabut yang kecil dan banyak. Perabut yang
kecil dan banyak mampu memakan lebih banyak ruang berbanding perabut
yang besar dan satu.Sebagai contoh, anda boleh meletakkan satu karpet
besar,satu lampu gantung rumah, satu sofa yang besar dan diletakkan di
tengah-tengah rumah. Oleh itu, rumah anda akan kelihatan lebih luas dan
sedap mata memandang. Anda juga tidak perlu bersusah payah jika hendak
menukar desain rumah kerana barang di dalam rumah anda sedikit.
- Pilih perabut jenis kaki terbuka
Bila membuat pilihan dalam bab perabut terutamanya meja kopi contohnya, pastikan anda memilih jenis kaki yang terbuka atau terpelahang luas. Ini akan menghasilkan banyak ruang dari pandangan mata. Elakkan pilih meja atau perabut yang padat dan penuh berisi sampai ke lantai. Ini akan membuat ruang lantai tertutup dari segi pandangan mata dan menghasilkan persepsi sempit pada ruang. Boleh cuba perabut seperti pada gambar di bawah ini.
- Gunakan perabut pemantul cahaya
Jika anda tida suka akan adanya cermin besar pada rumah anda, anda boleh menggunakan perabut rumah yang boleh merefleksikan objek ataupun cahaya didepan perabut tersebut. Perhiasan rumah berjenis pasu bunga yang berbahan 'stainless steel' atau aluminium juga boleh membuat kesan yang sama iaitu sebagai pembuka ruang baru. Dengan adanya cahaya yang cukup pada ruangan itu adalah kunci utama agar ruangan tersebut kelihatan lebih terang. Anda boleh menggunakan benda yang permukaannya dapat merefleksikan objek contohnya seperti gelas atau kaca. Benda-benda tersebut tidak hanya merefleksikan objek dan cahaya namun boleh juga membuat ruangan anda kelihatan anda kelihatan lebih luas.